Tarikh/hari : 3 April 2012 / Selasa Masa : 7.40-8.40
Kelas : 5 Bestari Bilangan pelajar : 39 orang
Mata pelajaran : Ibadat
Tajuk : Tayamum
Sub Tajuk : Amali bertayamum
Perkara-perkara Sunat Tayamum.
Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat:-
1.Menyatakan cara bertayamum secara lisan.
2. Melakukan amali tayamum mengikut urutan yang betul.
3.Menyenaraikan perkara-perkara sunat tayamum.
Pengetahuan sedia ada : Murid telah mengetahui syarat sah tayamum, niat tayamum dan perkara yang membatalkan Tayamum.
Konsep : Taharah
Bahan : Debu Tayamum dan carta bergambar cara-cara bertayamum.
Nilai : Suci dan bersih.
Langkah/masa | Isi pelajaran | Aktiviti pengajaran dan pembelajaran | Catatan. | |
Aktiviti guru | Aktiviti murid | |||
Pendahuluan 2 minit | Doa belajar | 1.Guru meminta murid membaca doa belajar | 1.Murid membaca doa belajar beramai-ramai | |
Set Induksi 5 minit | Debu tayamum. | 1.Guru mempamerkan debu tanah. 2.Sumbangsaran bahan tersebut. 3.Guru mengaitkan jawapan dengan tajuk pelajaran . | 1.Murid meneliti bahan yang dipamerkan. 2.Sumbangsaran berkaitan bahan tersebut. | Strategi/ teknik Sumbangsaran. BBMB Debu Tayamum |
Langkah 1 13 minit | Gambar cara bertayamum. | 1.Tunjukacara melakukan Tayamum. | 1.Murid memerhati dan memberi tumpuan mengenai cara-cara bertayamum. | BBMB Carta gambar cara bertayamum. |
Langkah 2 8 minit | Sunat tayamum 1.Membaca Basmalah. 2.Menipiskan debu tanah pada kedua-dua tapak tangan. 3.Membaca doa yang sama seperti selepas berwuduk. | 1.Guru meminta beberapa murid melaksanakan Tayamum 2.Guru menerangkan sunat-sunat Tayamum. | 1.Beberapa orang murid melakukan Tayamum. | Strategi/ teknik Soal jawab secara lisan. |
Langkah 3 14 minit | Amali bertayamum. | 1.Guru mengagihkan kepada beberapa kumpulan . 2.Murid turus membantu murid lain melakukan Tayamum. 3.Guru meyelia aktiviti murid. | 1.Murid turus membimbing murid dalam kumpulan melakukan Tayamum. | BBMB Debu tayamum -Sikap saintifik dan nilai murni: Bekerjasama semasa melaksanakan tugasan kumpulan. -Strategi/ teknik: : tunjuk cara. |
Langkah 4 Penilaian 15 minit | 1.Melabelkan gambar bertayamum. 2.Menomborkan perlakuan tayamum mengikut urutan yang betul. | 1.Guru mengedar lembaran kerja dan menerangkan cara menjawab latihan. | 1.Murid meneliti lembaran kerja yang diedar, mendengar penerangan guru dan menjawab soalan latihan. | Strategi/ teknik: Latihan bertulis BBMB -Lembaran kerja. |
Penutup 3 minit | Peneguhan | 1.Guru meminta murid menyebut semula cara melakukan Tayamum. 2.Guru menasihati murid kewajipan menunaikan kewajipan solat walaupun dalam keadaan sakit. 3. Menerangkan kemudahan atau ruhsah yang dikurniakan Allah kepada Hambanya untuk beribadat 3.Islam menitikberatkan aspek kebersihan. | 1.Murid menyebut semula cara-cara melakukan Tayamum mengikut urutan yang betul. | |
Tahniah, menarik sangat.
ReplyDelete