Penialian PAFA adalah salah satu komponen yang wajib dikuasai oleh semua murid sekolah rendah.
TUJUAN PENILAIAN
- Mengenal pasti murid yang lemah dalam kefahaman dam amalan PAFA, dan kemudian membimbing sehingga mereka dengan sendirinya faham dan dapat mengamalkannya dengan betul dan sempurna
- Memastikan tidak terdapat keciciran dalam PAFA, dalam erti kata lain, menentukan kejayaan 100%
- Menimbulkan dan menyuburkan keinsafan dan kerelaan yang positif untuk menghayati dalam amalan kehidupan seharian
- Merangsang tanggngjawab guru dalam memastkan murid menguasai dan menghayati PAFA secara berterusan
PERATURAN PENILAIAN PAFA
- Penilaian PAFA diwajibkan kepada semua murid yang beragama ISLAM
- Penilaian PAFA hendaklah dimulakan dari Tahun 1 hingga Tahun 6 (UPSR)
- Penilaian PAFA hendaklah dikendalikan sepenuhnya oleh sekolah
- Penilaian dijalankan sendirian oleh guru Pendidikan Islam mengikut masa dan temoat yang sesuai sebagai proses penilaian biasa yang bersifat formatif dalam pengajaran dan pembelajaran
- Penilaian dijalankan secara lisan dan amali mengikut kod0kod yang telah ditetapkan. Apabila murid-murid telah menguasai kod-kod tahun/tingkatan seterusnya. Walau bagaimanapun, penilaian boleh dilakukan semula untuk pengukuhan
- soalan dan jawapan penilaian tidaklah rahsia sebagaimana yang dicadangkan dalam buku panduan. Apabila ujian dijalankan secara formal, murid akan diberitahu awal
- Sepanjang tempoh penilaian tersebut, murid akan diberi masa, peluang serta bimbingan yang secukupnya untuk mengulang, serta memperbaiki kesalahan dan kelemahan. Usaha ini diteruskan sehingga mereka sendiri faham dan dapat mengamalkan sesuatu kemahiran dengan jayanya, betul dan sempurna
- Pencapaian murid dikemaskini dari semasa ke semasa dalam borang PENCAPAIAN INDIVIDU / BERKELOMPOK
- Pemantauan proses perlaksanaan penialian PAFA di peringkat sekolah akan dijalankan oleh Pengetua/Guru Besar dari semasa ke semasa
- Tandakan (/) dibuat apabila murid menguasai suatu tajuk, manakala dalam hal ibadah, dapat mengamalkan sesuatu kemahiran sekurang-kurangnya pada tahap keupayaan yang paling minimum yang dikira sah dari segi syarak.
- Murid diperakukan lulus keseluruhan PAFA apabila mereka berjaya memahamidan mengamalkan semua kod atau tajuk yang telah ditetapkan
- Borang pencapaian individu hendaklah disertakan bersama-sama rekod perpindahan murid sekolah lain
Ada borang prncapaian individu x?sy nk download..tq..
ReplyDelete