Saturday, 28 April 2012
Madah Pujangga...
Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.
Rancangan Pengajaran Harian (Amali Tayammum)
Tarikh/hari : 3 April 2012 / Selasa Masa : 7.40-8.40
Kelas : 5 Bestari Bilangan pelajar : 39 orang
Mata pelajaran : Ibadat
Tajuk : Tayamum
Sub Tajuk : Amali bertayamum
Perkara-perkara Sunat Tayamum.
Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat:-
1.Menyatakan cara bertayamum secara lisan.
2. Melakukan amali tayamum mengikut urutan yang betul.
3.Menyenaraikan perkara-perkara sunat tayamum.
Pengetahuan sedia ada : Murid telah mengetahui syarat sah tayamum, niat tayamum dan perkara yang membatalkan Tayamum.
Konsep : Taharah
Bahan : Debu Tayamum dan carta bergambar cara-cara bertayamum.
Nilai : Suci dan bersih.
Langkah/masa | Isi pelajaran | Aktiviti pengajaran dan pembelajaran | Catatan. | |
Aktiviti guru | Aktiviti murid | |||
Pendahuluan 2 minit | Doa belajar | 1.Guru meminta murid membaca doa belajar | 1.Murid membaca doa belajar beramai-ramai | |
Set Induksi 5 minit | Debu tayamum. | 1.Guru mempamerkan debu tanah. 2.Sumbangsaran bahan tersebut. 3.Guru mengaitkan jawapan dengan tajuk pelajaran . | 1.Murid meneliti bahan yang dipamerkan. 2.Sumbangsaran berkaitan bahan tersebut. | Strategi/ teknik Sumbangsaran. BBMB Debu Tayamum |
Langkah 1 13 minit | Gambar cara bertayamum. | 1.Tunjukacara melakukan Tayamum. | 1.Murid memerhati dan memberi tumpuan mengenai cara-cara bertayamum. | BBMB Carta gambar cara bertayamum. |
Langkah 2 8 minit | Sunat tayamum 1.Membaca Basmalah. 2.Menipiskan debu tanah pada kedua-dua tapak tangan. 3.Membaca doa yang sama seperti selepas berwuduk. | 1.Guru meminta beberapa murid melaksanakan Tayamum 2.Guru menerangkan sunat-sunat Tayamum. | 1.Beberapa orang murid melakukan Tayamum. | Strategi/ teknik Soal jawab secara lisan. |
Langkah 3 14 minit | Amali bertayamum. | 1.Guru mengagihkan kepada beberapa kumpulan . 2.Murid turus membantu murid lain melakukan Tayamum. 3.Guru meyelia aktiviti murid. | 1.Murid turus membimbing murid dalam kumpulan melakukan Tayamum. | BBMB Debu tayamum -Sikap saintifik dan nilai murni: Bekerjasama semasa melaksanakan tugasan kumpulan. -Strategi/ teknik: : tunjuk cara. |
Langkah 4 Penilaian 15 minit | 1.Melabelkan gambar bertayamum. 2.Menomborkan perlakuan tayamum mengikut urutan yang betul. | 1.Guru mengedar lembaran kerja dan menerangkan cara menjawab latihan. | 1.Murid meneliti lembaran kerja yang diedar, mendengar penerangan guru dan menjawab soalan latihan. | Strategi/ teknik: Latihan bertulis BBMB -Lembaran kerja. |
Penutup 3 minit | Peneguhan | 1.Guru meminta murid menyebut semula cara melakukan Tayamum. 2.Guru menasihati murid kewajipan menunaikan kewajipan solat walaupun dalam keadaan sakit. 3. Menerangkan kemudahan atau ruhsah yang dikurniakan Allah kepada Hambanya untuk beribadat 3.Islam menitikberatkan aspek kebersihan. | 1.Murid menyebut semula cara-cara melakukan Tayamum mengikut urutan yang betul. | |
Thursday, 26 April 2012
Rintis Kidathlet (Pra Sekolah)
Tetamu VIP = Penyelaras Pra Sekolah di PPD Pn. Zaiton dan para JU daerah petaling
Tarikh = 21/4/2012 Sabtu
Masa = 8.00 pagi
Tuesday, 17 April 2012
Renungan Bersama
Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata,
tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya.
Sesungguhnya apa yang kita lihat serupa sebenarnya tidak semestinya sama...
Saintifik Berwuduk
- Apabila air dingin melalui tubuh yang letih, ia mampu melancarkan peredaran darah dan membuatkan tubuh lagi segar.
- Air dingin meningkatkan keupayaan sel darah putih dalm tubuh serta meningkatkan sistem pertahanan tubuh melawan virus.
- Berwuduk di waktu pagi meningkatkan produktiviti hormon estrogen sekali gus meningkatkan tahap kesuburan.
- Boleh memperbaiki jaringan kulit dan membuatkan kuku lebih sihat dan kuat.
- Air dingin pada waktu pagi mampu menghasilkan ion-ion negatif yang boleh meneutralkan darah dan membantu menyerap oksigen dengan lebih optimal sehingga wajah lebih cerah dan berseri.
Saturday, 14 April 2012
Majlis Persaraan Guru Besar SKS7 Shah Alam
Majlis persaraan guru besar SKS7, Pn Hjh Che Dah diadakan pada 3/2/2012. majlis diadakan dengan penug gilang gemilang dengan dihadiri beberapa tetanu VVIP dan pengerusi PIBG SKS7. Sebelah malamya pula diadakan majlis makan malam sempena meraikan tamatnya tempoh perkhidmatan Pn Hjh Che Dah sebagai penjawat awam di Hotel Concorde, Shah Alam.
Hari Terbuka Tahun 6
Program ini dijalankan bagi guru-guru kelas Tahun 6 berbincang dengan para ibubapa murid tentang prestasi dan pelajaran murid dengan lebih mendalam.. Program ini dijalankan pada 13/4/2012.
Kem Kepimpinan Pengawas
Kem ini dijalankan selama satu hari , 31/3/2012 , Sabtu mulai jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang di SKS7. Semua pengawas sekolahTahun 4,5,6 terlibat dalam kem ini.
Objektif kem ini diadakan adalah untuk melahirkan barisan kepimpinan pelajar yang mantap dalam membantu pihak sekolah melahirkan pelajar yang berkualiti dan cemerlang.
Tuesday, 10 April 2012
Penyucian Tayammum
Tayamum adalah pengganti wudhu atau mandi wajib yang tadinya seharusnya menggunakan air bersih digantikan dengan menggunakan tanah atau debu yang bersih. Yang boleh dijadikan alat tayamum adalah tanah suci yang ada debunya.Dilarang bertayamum dengan tanah berlumpur, bernajis atau berbingkah. Pasir halus, pecahan batu halus boleh dijadikan alat melakukan tayamum.
Orang yang melakukan tayamum lalu solat, apabila air sudah tersedia maka ia tidak wajib mengulang solatnya. Namun untuk menghilangkan hadas, harus tetap mengutamakan air daripada tayamum yang wajib hukumnya bila sudah tersedia.Tayamum untuk hadas hanya bersifat sementara dan darurat hingga air sudah ada.
Tayamum yang telah dilakukan boleh batal apabila ada air dengan alasan tidakada air atau boleh menggunakan air dengan alasan tidak boleh menggunakan air tetapi tetap melakukan tayamum serta sebab musabab lain seperti yangmembatalkan wudu dengan air.
Rukun Tayamum:
- Niat Tayamum.
- Menyapu muka dengan debu atau tanah.
- Menyapu kedua tangan dengan debu atau tanah hingga ke siku.
Monday, 9 April 2012
Kod Penilaian PAFA (UPSR)
TAHUN | KOD DINILAI | TAJUK |
1 | 01 02 03 04 | Mengucap Dua Kalimah Syhadat Rukun Islam Rukun Iman Beristinjak |
2 | 06 10 | Cara Berwuduk Solat Fardu: Lafazniat, Takbiratul Ihram, Rukun Fi’li dan Surah Al Fatihah |
3 | 10 13 | Solat fardu : rukun Fi’li dan Rukun Qauli Adab Terhadap Ibu Bapa |
4 | 05 08 10 16 | Memnersihkan diri, pakaian dan tempat dari najis Cara mandi wajib Solat fardu : Rukun Solat dan Sunat Ab’ad dan Hai’at Kewajipan menutup aurat |
5 | 07 09 10 | Tayamum Azan, Iqamat, jawapan dan doa selepasnya Solat fardu : Rukun Solat danSunat Ab’ad dan Hai’at dan dua surah pilihan |
6 | 10 12 15 | Solat fardu : Rukun Solat danSunat Ab’ad dan Hai’at dan dua surah pilihan Puasa Ihsan |
Jamadilawal...Tibanya musim dingin...
Jamadilawal membawa maksud permulaan musim sejuk. Dari segi bahasa, ia bermaksud kering atau beku. Bulan ini dinamakan sedemikian kerana dalam bulan tersebut orang Arab pada zaman dahulu mengalami kekeringan air atau air menjadi beku. Pada ketika itu, parit, sumur, sungai dan lembah menjadi kering.
ANTARA PERISTIWA PENTING BULAN JAMADILAWAL
- Peperangan 'Zat Ar-Riqa' pada tahun ke-2 Hijrah, diketuai oleh Baginda SAW. Ia berlaku pada satu kawasan di daerah Nadj di dalam kediaman Bani Muharib dan Bani Tha'labah dari kaun Ghatafan. Tiada pertempuran dan peprangan yang berlaku dan ia dinamakan Zat Ar Riqa' (yang mempunyai cebisan kain), para sahabat membalut kaki-kaki mereka dengan cebisan kain kerana kepanasan bumi Nadj.
- Peperangan Mu'tah pad tahun ke-8H. Ia disebabkan oleh pembunuhan yang dilakukan oleh Syarahbil bin 'Amr Al-Futhaniy terhadap seorang utusan Rasulullah SAW iaitu Al-HArith bin 'Umair Al-Azdiy dari kaum Bani Lahab. Beliau diutus oleh Baginda SAW membawa sepucuk surat kepada Maharaj Rom atau Pembesar Busra tetapi dia telah ditahan dan diikat leh Syarahbil lalu dibunuhnya. Rasulullah SAW amat murka dengan pembunuhan tersebut kerana mengikut peraturan pada zaman itu, seseorng utusan tidak boleh diapa-apakan sehinggaah dia pulang ke tempat asalnya. Baginda SAW telah menghantar sekumpulan tentera yang dikepalai oleh Zaid bin Harithah dan berpesan, "Sekiranya Zaid terkorban, dia hendaklah diganti oleh Ja'afar bin Abi Talib. Sekiranya dia juga terkorban, Abdullah bin Abi Rawahah akan memipin tentera tadi." Kesemua sahabat tadi telah syahid di dalam pepeangan itu, lalu ia dipimpin oleh Klahid bin Al-Walid yang telah mengundurkan tentera Islam secara tersusun dan kemas tanpa mengalamai apa-apa kehilangan jiwa dan kekalahan.
Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA)
Penialian PAFA adalah salah satu komponen yang wajib dikuasai oleh semua murid sekolah rendah.
TUJUAN PENILAIAN
- Mengenal pasti murid yang lemah dalam kefahaman dam amalan PAFA, dan kemudian membimbing sehingga mereka dengan sendirinya faham dan dapat mengamalkannya dengan betul dan sempurna
- Memastikan tidak terdapat keciciran dalam PAFA, dalam erti kata lain, menentukan kejayaan 100%
- Menimbulkan dan menyuburkan keinsafan dan kerelaan yang positif untuk menghayati dalam amalan kehidupan seharian
- Merangsang tanggngjawab guru dalam memastkan murid menguasai dan menghayati PAFA secara berterusan
PERATURAN PENILAIAN PAFA
- Penilaian PAFA diwajibkan kepada semua murid yang beragama ISLAM
- Penilaian PAFA hendaklah dimulakan dari Tahun 1 hingga Tahun 6 (UPSR)
- Penilaian PAFA hendaklah dikendalikan sepenuhnya oleh sekolah
- Penilaian dijalankan sendirian oleh guru Pendidikan Islam mengikut masa dan temoat yang sesuai sebagai proses penilaian biasa yang bersifat formatif dalam pengajaran dan pembelajaran
- Penilaian dijalankan secara lisan dan amali mengikut kod0kod yang telah ditetapkan. Apabila murid-murid telah menguasai kod-kod tahun/tingkatan seterusnya. Walau bagaimanapun, penilaian boleh dilakukan semula untuk pengukuhan
- soalan dan jawapan penilaian tidaklah rahsia sebagaimana yang dicadangkan dalam buku panduan. Apabila ujian dijalankan secara formal, murid akan diberitahu awal
- Sepanjang tempoh penilaian tersebut, murid akan diberi masa, peluang serta bimbingan yang secukupnya untuk mengulang, serta memperbaiki kesalahan dan kelemahan. Usaha ini diteruskan sehingga mereka sendiri faham dan dapat mengamalkan sesuatu kemahiran dengan jayanya, betul dan sempurna
- Pencapaian murid dikemaskini dari semasa ke semasa dalam borang PENCAPAIAN INDIVIDU / BERKELOMPOK
- Pemantauan proses perlaksanaan penialian PAFA di peringkat sekolah akan dijalankan oleh Pengetua/Guru Besar dari semasa ke semasa
- Tandakan (/) dibuat apabila murid menguasai suatu tajuk, manakala dalam hal ibadah, dapat mengamalkan sesuatu kemahiran sekurang-kurangnya pada tahap keupayaan yang paling minimum yang dikira sah dari segi syarak.
- Murid diperakukan lulus keseluruhan PAFA apabila mereka berjaya memahamidan mengamalkan semua kod atau tajuk yang telah ditetapkan
- Borang pencapaian individu hendaklah disertakan bersama-sama rekod perpindahan murid sekolah lain
Subscribe to:
Posts (Atom)