Saturday, 28 April 2012

Madah Pujangga...

Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.

Rancangan Pengajaran Harian (Amali Tayammum)

Tarikh/hari              :   3 April 2012 / Selasa                           Masa                 : 7.40-8.40
Kelas                      :   5 Bestari                                              Bilangan pelajar : 39 orang
Mata pelajaran      :   Ibadat
Tajuk                       :  Tayamum
Sub Tajuk              :  Amali bertayamum
                                  Perkara-perkara Sunat Tayamum.
Objektif                  :  Pada akhir pelajaran murid dapat:-
                                 1.Menyatakan cara bertayamum secara lisan.
                                 2. Melakukan amali tayamum mengikut urutan yang betul.
                                 3.Menyenaraikan perkara-perkara sunat tayamum.
Pengetahuan sedia ada   :  Murid telah mengetahui syarat sah tayamum, niat tayamum dan perkara yang membatalkan Tayamum.
Konsep                  :   Taharah
Bahan                    :   Debu Tayamum dan carta bergambar cara-cara bertayamum.
Nilai                        :  Suci dan bersih.




Langkah/masa

Isi pelajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Catatan.

Aktiviti guru
Aktiviti murid

Pendahuluan
2 minit

Doa belajar

1.Guru meminta murid membaca doa belajar

1.Murid membaca doa belajar beramai-ramai



Set Induksi
5 minit



Debu tayamum.


1.Guru mempamerkan debu tanah.

2.Sumbangsaran bahan tersebut.

3.Guru mengaitkan jawapan dengan tajuk pelajaran
.

1.Murid meneliti bahan yang dipamerkan.

2.Sumbangsaran berkaitan bahan tersebut.


Strategi/ teknik
Sumbangsaran.


BBMB
Debu Tayamum

Langkah 1
13 minit

Gambar cara bertayamum.

1.Tunjukacara melakukan Tayamum.

1.Murid  memerhati dan memberi

tumpuan mengenai cara-cara bertayamum.


BBMB
Carta gambar cara

bertayamum.

Langkah 2
8 minit

Sunat tayamum
1.Membaca Basmalah.

2.Menipiskan debu tanah pada kedua-dua tapak tangan.

3.Membaca doa yang sama seperti selepas berwuduk.


1.Guru meminta beberapa murid melaksanakan Tayamum

2.Guru menerangkan sunat-sunat Tayamum.

1.Beberapa orang murid melakukan Tayamum.

Strategi/ teknik
Soal jawab secara lisan.

Langkah 3
14 minit

Amali bertayamum.

1.Guru mengagihkan kepada beberapa kumpulan
.


2.Murid turus membantu murid lain melakukan Tayamum.

3.Guru meyelia aktiviti murid.


1.Murid turus membimbing murid dalam kumpulan melakukan Tayamum.

BBMB
Debu tayamum

-Sikap saintifik dan nilai murni:
Bekerjasama
semasa melaksanakan tugasan kumpulan.




-Strategi/ teknik:
: tunjuk cara.



Langkah 4
Penilaian

15 minit



1.Melabelkan gambar bertayamum.

2.Menomborkan perlakuan
tayamum mengikut urutan yang betul.



1.Guru mengedar lembaran kerja dan menerangkan cara menjawab
latihan.


1.Murid meneliti lembaran kerja yang diedar, mendengar penerangan guru dan menjawab
soalan latihan.



Strategi/ teknik:
Latihan bertulis

BBMB
-Lembaran
kerja.

Penutup
3 minit

Peneguhan

1.Guru meminta murid menyebut semula cara melakukan Tayamum.

2.Guru menasihati murid kewajipan menunaikan kewajipan solat walaupun dalam keadaan sakit.

3. Menerangkan  kemudahan atau ruhsah yang dikurniakan Allah kepada Hambanya untuk beribadat

3.Islam menitikberatkan aspek kebersihan.


1.Murid menyebut semula cara-cara melakukan Tayamum mengikut urutan yang betul.

Video Praktikal Tayammum

Thursday, 26 April 2012

Rintis Kidathlet (Pra Sekolah)

Tetamu VIP = Penyelaras Pra Sekolah di PPD Pn. Zaiton dan para JU daerah petaling

Tarikh = 21/4/2012 Sabtu
Masa = 8.00 pagi









Tuesday, 17 April 2012

Renungan Bersama

Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata, 
tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya. 
Sesungguhnya apa yang kita lihat serupa sebenarnya tidak semestinya sama...

Saintifik Berwuduk

  1. Apabila air dingin melalui tubuh yang letih, ia mampu melancarkan peredaran darah dan membuatkan tubuh lagi segar.
  2. Air dingin meningkatkan keupayaan sel darah putih dalm tubuh serta meningkatkan sistem pertahanan tubuh melawan virus.
  3. Berwuduk di waktu pagi meningkatkan produktiviti hormon estrogen sekali gus meningkatkan tahap kesuburan.
  4. Boleh memperbaiki jaringan kulit dan membuatkan kuku lebih sihat dan kuat. 
  5. Air dingin pada waktu pagi mampu menghasilkan ion-ion negatif yang boleh meneutralkan darah dan membantu menyerap oksigen dengan lebih optimal sehingga wajah lebih cerah dan berseri.

Saturday, 14 April 2012

Majlis Persaraan Guru Besar SKS7 Shah Alam

Majlis persaraan guru besar SKS7, Pn Hjh Che Dah diadakan pada 3/2/2012. majlis diadakan dengan penug gilang gemilang dengan dihadiri beberapa tetanu VVIP dan pengerusi  PIBG SKS7. Sebelah malamya pula diadakan majlis makan malam sempena meraikan tamatnya tempoh perkhidmatan Pn Hjh Che Dah sebagai penjawat awam di Hotel Concorde, Shah Alam.