Monday 9 April 2012

Jamadilawal...Tibanya musim dingin...

Jamadilawal membawa maksud permulaan musim sejuk. Dari segi bahasa, ia bermaksud kering atau beku. Bulan ini dinamakan sedemikian kerana dalam bulan tersebut orang Arab pada zaman dahulu mengalami kekeringan air atau air menjadi beku. Pada ketika itu, parit, sumur, sungai dan lembah menjadi kering.


ANTARA PERISTIWA PENTING BULAN JAMADILAWAL
  1. Peperangan 'Zat Ar-Riqa' pada tahun ke-2 Hijrah, diketuai oleh Baginda SAW. Ia berlaku pada satu kawasan di daerah Nadj di dalam kediaman Bani Muharib dan Bani Tha'labah dari kaun Ghatafan. Tiada pertempuran dan peprangan yang berlaku dan ia dinamakan Zat Ar Riqa' (yang mempunyai cebisan kain), para sahabat membalut kaki-kaki mereka dengan cebisan kain kerana kepanasan bumi Nadj.
  2. Peperangan Mu'tah pad tahun ke-8H. Ia disebabkan oleh pembunuhan yang dilakukan oleh Syarahbil bin 'Amr Al-Futhaniy terhadap seorang utusan Rasulullah SAW iaitu Al-HArith bin 'Umair Al-Azdiy dari kaum Bani Lahab. Beliau diutus oleh Baginda SAW membawa sepucuk surat kepada Maharaj Rom atau Pembesar Busra tetapi dia telah ditahan dan diikat leh Syarahbil lalu dibunuhnya. Rasulullah SAW amat murka dengan pembunuhan tersebut kerana mengikut peraturan pada zaman itu, seseorng utusan tidak boleh diapa-apakan sehinggaah dia pulang ke tempat asalnya. Baginda SAW telah menghantar sekumpulan tentera yang dikepalai oleh Zaid bin Harithah dan berpesan, "Sekiranya Zaid terkorban, dia hendaklah diganti oleh Ja'afar bin Abi Talib. Sekiranya dia juga terkorban, Abdullah bin Abi Rawahah akan memipin tentera tadi." Kesemua sahabat tadi telah syahid di dalam pepeangan itu, lalu ia dipimpin oleh Klahid bin Al-Walid yang telah mengundurkan tentera Islam secara tersusun dan kemas tanpa mengalamai apa-apa kehilangan jiwa dan kekalahan.

1 comment: